Monday, October 20, 2008

Cerita Raya H a n g a t

"Selamat aidilfirtri kepada saudara serta saudari setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini" lagu raya berkumandang di komputer ribaku tatkala aku menulis blog ini. Walaupun tahun ini aku menyambut hari raya di Shah Alam aku masih mempunyai semangat untuk berhari raya. Ramai juga umat manusia di Shah Alam ni merantau ke Shah Alam untuk berhijrah, termasuklah keluarga aku. Bayangkan bandar yang penuh sesak dengan kenderaan, kelihatan seperti bandar mati. Namun, aku rasa gembira kerana aku tak perlu untuk beratur panjang untuk membayar barang-barang keperluanku di kaunter Tesco, tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Drive Thru dan berjalan dengan selesa di atas jalan raya.
Nak di jadikan cerita, aku dan syed a.ka sudin (lebih selesa di panggil begitu) pergi untuk membeli belah di jalan Tunku Abdul Rahman, kononnya nak beli sepasang baju kurung untuk sembahyang raya. Kami pon bergegas ke Kuala Lumpur. Waktu ni jika tak salah aku, 2 hari sebelum raya. Belum sampai ke bandar kereta kelihatan sesak dan kami membuat keputusan untuk meletakkan kereta di Kompleks Pertama. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan semasa perjalan aku tertarik dengan tampalan poster di kompleks membeli belah sogo aku bermonolog di dalam hatiku "oh! sale 70% seh, aku mesti masuk ni" lalu kami bergegas masuk, ya rabbi penuh dengan lautan manusia yang sibuk membelek segala jenis barangan. Sedangkan aku lihat barangan yang di "salekan" itu harganya seperti harga biasa. Setelah berjalan seketika kami membuat keputusan untuk pergi ke Jalan TAR.
Setibanya kami di sana, aku amat tertarik dengan cara penyampaian gerai masing-masing. Mereka ingin menarik perhatian pembeli kerana barangan yang mereka jajakan seakan sama dengan gerai-gerai yang lain. Ada jejaka sanggup mengenakan pakaian perempuan (baju kurung), ada yang mengenakan baju melayu dan berlakon seperti patung dan ada menggunakan healer untuk mempromosikan barangan mereka. Aku amat tertarik sekali dengan kelainan yang disampaikan oleh mereka. Mungkin aku agak janggal kerana aku tidak pernah ke sana untuk membeli belah. Aku berjalan dengan penuh semangat untuk sampai ke penghujung Jalan TAR tersebut. Walaupun terbau dengan bau-bauan yang tidak di senangi aku masih bersemangat. Kami basahkan tekak dengan air tebu, dan terus berjalan dan berjalan.
Tanpa disedari, kami sudah sampai ke penghujung Jalan TAR, baru aku terasa penat dan lenguh lutut-lututku. AH! tidak aku harus harungi lautan manusia itu lagi untuk patah balik ke tempat kami meletakkan kereta. Kami dengan pantas berjalan dan berjalan hingga tembus ke jalan utama, sesampainya kami di tempat meletakkan kereta, OH! baru ke sedari aku tidak membeli sebarang barangan! Aku ralik melihat kesibukkan manusia membeli belah sehinggakan aku sendiri tidak sempat untuk melakukan sesi tawar menawar. Aku pulang dengan tangan kosong dan akhirnya aku singgah booth di Tesco untuk membeli sepasang baju kurung untuk memuaskan hatiku. Penat berjalan jauh-jauh.

3 comments:

ielamorry.om said...

la...last2 beli kat tesco jea? hehe ;P

eh, kina...tu time bulan pose la kan nk shopping bju raya tu kn? ke x?

ni time biler peginye ni..siap ade xtvt membasah tekak ngn air tebu lagi..
huhu ;P

MinTy said...

weh terang tang tang nk cite basah tekak gn air tebu...di bulan pose...
tp basah tekak je kan? x minum pun kan...
wahahaha...
kina sewel...

Anonymous said...

ahahahahahah..eksekiuss mee! pegi jalan TAR mesti laaa malam sayang2 kuuu.

benci btl laaaaa..pose tau dakkk mane ade tak poseee