Wow! Ku lihat tarikh terakhir ku menulis blog sudah berbulan lamanya tidak ku update. Dari Oktober hingga ke Januari kini. Nak kata aku ni superstar tidak juga, businesswoman berjaya pun tidak juga mungkin hanya seorang manusia yang berjaya melengkapi 24 jam dengan aktiviti yang sihat.
Banyak yang telah ku lalui sepanjang Oktober ke Disember. Kalau nak dicerita satu persatu memang sampai besoklah ku mengadap keyboard laptop.
Oktober
Seperti yang sedia maklum raya ku yang membosankan! Meniti hari-hari kehidupan sebagai pelajar UiTM. Dan bak kata pepatah orang Mat Saleh "nothing speciallah"!
November
Aku berhempas pulas menghadapai peperiksaan akhir semester ku. Terpaksa kerja kuat kerna CGPA aku turun mendadak semasa semester 2, gara-gara excited lebih mendapat hadiah dari emakku iaitu sebijik kereta yang comel.
Menyertai dinner Adfest yang bertempat di Port Dickson, walaupun agak hambar dengan gelagat-gelagat manusia yang bermacam ragam namun aku enjoy dengan Festival tersebut.
Aku dan rakanku, Fad menerima satu suntikan baru untuk membuka sebuah online boutique bertemakan Vintage. Ia telah di tubuhkan pada 21 November 2008. Menjual pakaian vintage.
Disember
Bulan terakhir untuk 2008, seperti biasa semua orang mesti mempunyai satu azam yang baru untuk menempuhi tahun baru yang bakal tiba iaitu 2009!
Tetapi tidak pula aku, satu azam pun tak tertulis dalam kepala otak aku ni. Kesian btl.
Aku menyambut tahun baru dengan meriahnya bersama teman-teman.
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment