Ini adalah garisan permulaan bagiku untuk menulis blog. Agak tak best untuk bercakap di sini bahawa aku sangat ketinggalan zaman kerana orang lain mungkin blognya telah penuh dengan cerita-cerita tentang kehidupan mereka dan mungkin juga gosip-gosip hangat masa kini. Apa yang terpanggil untuk aku menulis blog adalah kerana, aku seorang yang suka bercerita sebenarnya. Maksud aku, aku suka bercerita tentang apa yang terjadi di sekeliling aku. Contohnya, kalau aku dapat cerita aku pijak semut sekalipun aku nak cerita dengan orang, itu adalah formula aku untuk mendapatkan Self satisfaction. Mungkin kerana aku agak sunyi dan perlukan teman untuk berbual-bual. Namun, tak semua orang mahu dengarkan bebelan bedebah aku ini. Jadi aku harus memahami situasi orang lain dan simpan sahaja cerita-cerita yang ingin di kongsi. Almaklumlah dunia dah maju, hidup pula di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur dengan gaya hidup yang urban, mereka tidak lagi peduli dengan masalah orang lain, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, aku mengambil langkah senang dan bijak
iaitu meluahkan segala apa yang ingin di kongsi di dalam blog yang aku beri nama "Love yourself". Err kenapa Love yourself? Kerana semasa mendaftar sebagai ahli blog ini, aku terasa amat mencintai diri sendiri dan comes up dengan nama "Love yourself" :). Maka akan bermulalah permulaan BLOG LOVE YOURSELF.
Friday, September 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
*chAks* heyyA...;p
yeay dh jumpe...mari bergossip online jua...hee...update ler lg...meronta2 jiwa x saba cik kina update blog...
Post a Comment