Bulan ini penuh dengan macam-macam cerita, sehinggakan aku sendiri lelah nak ingat balik. Yang paling kelakar bila kedua-dua mak tiriku bersua muka semasa kenduri kahwin adik perempuan ku di perak. Masing-masing buat tak kenal. haha!
Nak di jadikan cerita, awal Januari, adik tiriku yang berada di Perak menjemput aku dan emak untuk menghadiri majlis persandingannya. Aku apa lagi, excited lah nak tengok adik sendiri nikah! Mula-mula tu mak aku berkeras kepala nak pergi, namun apabila di offer untuk berjalan sampai ke Pulau Pinang dan Alor Setar (rumah saudara) dia terus on.
Kami (aku & keluarga Paksu) bertolak dari Shah Alam kira-kira jam 7.30pagi, aku memandu kereta ku manakala Paksu ku menaiki Myvinya. Kami berhenti di R&R Sg Perak untuk mengalas perut dan minum sedikit kopi. Kira-kira jam 10.30pg kami tiba di Kuala Kangsar.
"Eh! awalnya nak pergi kenduri pukul 10.30pg?," kata paksu.
"Oh tak ya jugak! Jom lah jalan-jalan dekat Kuala Kangsar ni paksu," kataku.
*Padahal dalam hati ni tengah takut, mcm mana reaksi apabila mak & mak tiriku bersua muka setelah 23thn tidak bertemu, adakah mereka akan bercakar,bertumbuk atau berbalah di hadapan khalayak ramai?*
Huh..aku terus memandu kereta ku mengekori paksuku. Kami berjalan di sekitar Kuala Kangsar hingga jam 11.30pg. Perut ku dah berbunyi lagu dangdut tak sabar mahu makan nasi minyak. Lantas kami beransur untuk ke Taiping.
Setibanya di Taiping hati ku berdegup kencang, menanti saat untuk menemukan kedua-dua ibuku. Dupp! Dupp! Setibanya aku di hadapan khemah, kelihatan bapaku dengan kain pelikat yang di pakai singkat dan bersongkok hitam. Aku gelak macam nak pecah perutku melihat bapaku berpakaian seperti tok bilal. Selalunya dia dikenali ramai dengan seluar jeans koyak lutunya. Lupakan yang itu, aku mempunyai misi penting iaitu mengenalkan ibu ku dengan ibu tiriku.
Aku melangkah dengan penuh semangat untuk menyenduk lauk pauk yang terhidang, tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahuku, "Sakinah,bila sampai?" "ehhhh makcikk!! lama dah,nak senduk nasi nak makan je ni makcik" Oh! emak tiriku menyapaku, time tu emakku sedang sibuk dengan saudara maraku yang lain.
Tiba-tiba, emakku berkata "Itu ke bini ayah kau nombor 2?" Ha! btl lah mak, yang itulahh. Emakku dengan muka selambanya berjalan depan mak tiriku, buat-buat tak kenal. Haha sungguh lawak insiden tersebut jika di ingatkan kembali. Rupa-rupanya emakku menghendapku dari jauh. Tulah orang kata, malu tapi mahu. Apa salahnya berbaik dan bertegur sapa.
Aku dengan senang hatinya menghabiskan nasi minyak yang ku senduk. Ayahku juga duduk semeja makan bersama, sesi perli-memerli bermula! Haha, aku yang duduk di sebelah hanya mampu tergelak sahaja. Namun, kenduri berjalan lancar tanpa sesiapa yang cedera. Alhamdulillah.
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hahaha lawak laa...mule2 bace suspend mcm cite hantu...
sekali masuk kain pelikat kt pun pecah gelak...
hee...
Post a Comment